Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.
Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.
Infrastruktur Utama
- Pasar Besar Gopeng
- Medan Purnama
- Pejabat Pos Gopeng
- Balai Polis Gopeng
- Stesen Bas Gopeng
- matrikulasi perak
Gaya Hidup
Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.
Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Jumaat pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.
Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai.
Demografi
Lebuh daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng.
Penduduk Gopeng terdiri daripada:
- Semai
- Cina Kantonis
- Rawa (Urang Rao)
- Mandailing
- Melayu Perak
- Melayu Deli
- Tamil
- Punjabi
Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.
Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:
Taman Gopeng Jaya
Kampung Pisang
Kampung Rawa
Taman Changkat Golf
Taman Gopeng Indah
Kopisan Baru
Lawan Kuda Baru
Taman Kinta
Taman Gopeng Baru
Kampung Tersusun Kampung Pulai
Kampung Tersusun Gopeng
Kampung Lawan Kuda
Kampung Jahang
Kampung Jelintoh
Kampung Sungai Itek
Kampung Pintu Padang
Kampung Gunung Mesah Hulu
Kampung Gunung Mesah Hilir
Kota Baru Estate (small railway station town)
Kampung Gunung Panjang
Kampung Changkat Tualang
Kampung Changkat Legong
Kampung Redang Sawa
Tokoh tempatan
Antara tokoh yang terdapat di sini ialah :
- Dato [[Aziz Shamsuddin
- Akhil hayy Rawa
- Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Asal-usul nama
Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
- Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
- Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
- Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.
- Masjid al-azim Kampung Gunung Panjang 31600 Gopeng , Perak
- Masjid al-mardhiah Kampung Sungai Itek 31600 Gopeng , Perak
- Masjid ar-rahman Kampung Gunung Mesah Hilir 31600 Gopeng , Perak
- Masjid baru Gopeng 31600 Gopeng , Perak
- Masjid jamek Kota Bharu Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Changkat Legong Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Changkat Tualang Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Redang Sawa Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Madrasah Ihsaniah Kampung Tersusun Kampung Pulai 31600 Gopeng
As salaam alaikum anak Gopeng..
ReplyDeleteMintak sori... anda terlupe kg chulek yg terletak di antara kg gunung mesah hilir dan kg jahang.. kg chulek juga mempunyai jalan short cut menuju ke gua tempurung atau ke sekolah gunung panjang.
Nama asal Gopeng ada 2 versi.. salah satunya ada tercatat dalam buku sejarah ringkas 'GOPENG - Pekan Warisan Perlombongan Bijih Timah'.
Anda boleh rujuk di muka surat 22 dan 23... di bawah tajuk Kerana Seekor Ayam Sabung... bersempena nama seorang lelaki cina yg berbopeng mukanya dan memiliki kawasan perlombongan di daerah batang padang telah berlawan sabung ayam dengan seorang bangsawan melayu yang juga memiliki kawasan perlombongan. Mereka berdua telah mempertaruhkan lombong masing-masing yang akhirnya ayam sabung milik bangsawan melayu itu tewas lalu menyerahkan kawasan lombongnya kepada si Bopeng. Semenjak itu kawasan di sebelah kampung rawa bertukar nama menjadi 'Gopeng'. Wallahuaa'lam bisawab.
benar..kisah lelaki berbopeng ini lah sejarah nama gopeng seperti di dalam buku yang di keluarkan oleh muzium perak
ReplyDeleteKelmarin sempat ziarah lagi ke Gopeng selama 3 hari (26-28 Mac 2022)
ReplyDeleteWalau pun saya bukan asal Gopeng tapi banyak kenangan saya di Gopeng sejak 50 tahun lalu iaitu sejak zaman kanak²
Siapa ada maklumat tentang keberadaan Acap yang hilang sejak 3 tahun lalu (23 Mac 2019) sila call saya 019-3859492
ReplyDelete23 Mac 2019-23 Mac 2022 Genap 3 tahun Acap gagal ditemui